Dr. Dzulkefly mahu transformasi digital kesihatan

Dr. Dzulkefly mahu transformasi digital kesihatan

DR. Dzulkefly Ahmad amengimbas kad perakam waktu di KKM Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan baharu, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meletakkan komitmen untuk melakukan beberapa transformasi melibatkan digital dalam sektor kesihatan.

Beliau berkata, perkara itu berkaitan sistem perubatan Elektronik (EMR) serta perbelanjaan sektor kesihatan terutama dalam menyelesaikan permasalahan asas di hospital dengan menanganinya menggunakan polisi tepat.

Katanya, fokus itu akan dilaksanakan secara berkumpulan bersama Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah Kesihatan.

“Fokus saya ialah cabaran segara tersabit penjagaan akut di hospital, permasalah asas hospital juga akan saya depani dulu.

“Namun, itu (penyelesaian) tidak dapat dilakukan dengan terbaik kerana ia tersangkut cara penyampaian, jadi kedua-duanya iaitu sistem dan penyampaian akan kita tangani dengan polisi tepat,” katanya ketika ditemui di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Terdahulu, Dr. Dzulkefly mengimbas kad perakam waktu (clock-in) di KKM sebagai simbolik memulakan tugas hari pertama sebagai Menteri Kesihatan selepas dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Terdahulu, Dr. Dzulkefly menjadi antara lima menteri baharu yang dilantik Perdana Menteri bagi menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Beliau menggantikan Dr. Zaliha Mustafa yang ditukarkan portfolio di mana memegang jawatan baharu sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Sebelum ini, Dr. Dzulkefly pernah menjadi Menteri Kesihatan pada era pentadbiran Pakatan Harapan pada 2018.

Pun begitu, beliau digugurkan daripada jawatan berkenaan susulan perubahan kerajaan pada awal 2020.

Pencapaian akademik tertinggi Dr Dzulkefly ialah Ijazah Falsafah Kedoktoran (PhD) bidang Toksikologi dari Imperial College, St. Mary’s Hospital Medical School, Universiti London UK pada 1993. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya