Datin Alyah kecewa? - Utusan Malaysia

Datin Alyah kecewa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK dapat Cik Bunga bayangkan, betapa kecewanya penyanyi, Datin Alyah apabila lagu berjudul Cinta Sahabiyah gagal masuk ke senarai lagu-lagu yang bakal bertanding ke pentas akhir Muzik-Muzik sekali gus tak berpeluang hendak merebut Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38). 

Bukan apa, Cik Bunga sendiri ada temu bual Alyah beberapa kali dan begitu besar harapannya untuk lagu tersebut bolos masuk ke peringkat akhir Muzik-Muzik. 

Alyah buat segala-galanya demi lagu tersebut termasuk membelanjakan beratus ribu untuk memastikan ada hasil dan pulangan yang berbaloi buat Cinta Sahabiyah. 

Kata Alyah, dia tidak meminjam duit orang walau sesen pun malah keluarkan hampir keseluruhan wang simpanan demi merealisasikan impian supaya lagu itu menjadi besar. 

Sebab itulah, bila tahu Alyah tidak dapat mara ke pentas akhir, Cik Bunga pun tumpang sedih sebab tahu benar yang dia menaruh harapan tinggi pada lagu tersebut. 

Tak apalah Alyah, mungkin apa yang didoakan oleh Alyah di depan Kaabah ketika menunaikan umrah tempoh hari akan Allah SWT balas dengan perkara lebih baik lagi selepas ini. 

Ada hikmah yang lebih baik cuma kita sebagai manusia belum tahu lagi. Apa pun, bagi Cik Bunga, dapat masuk ke pentas separuh akhir Muzik-Muzik pun dah cukup hebat. 

Bukan senang bukan? Alyah pun buat segalanya sendiri tanpa bergantung kepada suami. 

Iyalah, suaminya Datuk Ramli MS, orang berpengaruh dalam industri, tetapi yang bagusnya,hal itu bukan satu kesempatan buat Alyah untuk pastikan dirinya kekal relevan dalam industri. 

Cik Bunga doakan Alyah terus sukses. Pasti ada kemanisannya nanti. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN