Covid-19 lebih berbahaya berbanding influenza - Utusan Malaysia

Covid-19 lebih berbahaya berbanding influenza

Covid-19 influenza
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Virus Covid-19 disifatkan lebih berbahaya kepada kesihatan berbanding influenza apabila variannya bukan sahaja menyerang bahagian pernafasan, sebaliknya turut menyerang organ-organ lain dalam tubuh badan.

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun virus influenza tetap membahayakan kesihatan namun variannya sentiasa berubah mengikut musim dan faktor-faktor lain.

“Untuk makluman, dijangkiti Covid-19 adalah lebih berbahaya berbanding influenza.

“Ini kerana virus ini bukan sahaja menjangkiti bahagian paru-paru sahaja, malah ia menjangkiti bahagian tubuh badan yang lain, seperti salur darah,” katanya selepas Siri Cakna Polisi Kronologi Satu Tahun Pertama Covid-19: Pengurusan Komunikasi dan Polisi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan gesaan beberapa pakar kesihatan yang mendesak kerajaan supaya membeli lebih banyak vaksin influenza, berikutan terdapat peningkatan kes jangkitan virus tersebut ketika ini.

Malah mereka mendakwa, virus influenza memberi kesan yang lebih berbahaya berbanding jangkitan Covid-19 sehingga ia boleh membawa kepada kematian.

Sementara itu, Noor Hisham menambah, terdapat vaksin campuran vaksin Covid-19 dan influenza yang dijual di pasaran tempatan.

“Negara lain juga galakkan rakyat negara mereka ambil vaksin influenza. Apapun kepada mereka yang ingin ke luar negara, saya galakkan mereka ambil vaksin influenza terlebih dahulu sebagai ‘perisai’ mereka daripada dijangkiti virus tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya