Buktikan Faizal Tahir tidak silap pilih saya - Naqiu - Utusan Malaysia

Buktikan Faizal Tahir tidak silap pilih saya – Naqiu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Impian Naqiu menjejakkan kaki ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) tertunai apabila persembahan lagu Santai dibawakannya berjaya lolos ke pentas akhir.

Dedah Naqiu, sudah 20 tahun dia menginginkan momen ini. Akhirnya cita-citanya termakbul apabila dipilih untuk menggantikan Faizal Tahir membawakan lagu tersebut di AJL 38 pada Mac tahun hadapan.

“Sebenarnya, saya kejar AJL sudah lebih 20 tahun. Pengembaraan saya panjang dan berliku. Siapa sangka ia menjadi kenyataan apabila menggantikan idola saya sendiri iaitu Faizal Tahir.

“Apa yang paling mustahak dalam pertandingan ini bukanlah untuk menang, sebaliknya membuktikan kepada Faizal bahawa dia tidak membuat keputusan yang salah meminta saya menggantikannya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Mengimbau kembali detik dihubungi idola sendiri, juara Gegar Vaganza musim keenam itu mengakui termenung dan merasakan semuanya seperti mimpi.

“Faizal adalah Top 3 pengaruh terbesar muzik dalam hidup saya.

“Jadi bila dia sendiri yang minta dan cakap hanya saya sahaja yang boleh menggantikannya, saya termenung. Semuanya rasa seperti mimpi,” jelasnya.

Mengakui lagu Aina Abdul, Jangan Mati Rasa Itu dan Sutera nyanyian Aisha Retno memberikan saingan hebat, Naqiu berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik.

“Saya jangkakan lagu nyanyian Aina dan Aisha bakal memberi saingan sengit di pentas AJL38 nanti. Seperti Aisha misalnya, saya sifatkan penyanyi itu memiliki karakter yang sama seperti saya.

“Dia sangat bersungguh ketika membuat persembahan di atas pentas. Lagi satu, Aisha sangat intelektual dalam muzik,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya