Bukan tidak suka populariti, tetapi saya... - Najwa Latiff - Utusan Malaysia

Bukan tidak suka populariti, tetapi saya… – Najwa Latiff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYANYI ini pernah menggegarkan industri muzik tanah air menerusi lagu Cinta Muka Bukunya. 

Ketika itu, nama Najwa Latif terus meniti di bibir peminat. Lagu yang catchy, lirik santai, memang mudah ditangkap jiwa. Namun dia seakan menyepi kini. 

Namanya ada, tetapi hanya diulang cerita oleh peminat-peminat setianya. Dia lebih senang bekerja sendiri, bukan di layar kaca ataupun limpahan glamor. 

Tiba-tiba sahaja, namanya sekali lagi menjadi perhatian di aplikasi X. Ramai yang mahu dia mengadakan konsert solonya sendiri. Tidak kira skala besar atau kecil, ramai peminat mendambakan itu. 

Mendapatkan sendiri Najwa, Jawablah mengorek mengapa dia lebih senang bergerak tanpa limpahan populariti? Adakah dia tidak selesa dengan dunia glamor? Adakah perancangan konsert itu sebenarnya sudah ada? Najwa, Jawablah!

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial apabila ada ‘gesaan’ untuk Najwa mengadakan konsert. Ketika dunia hiburan dibanjiri konsert saban minggu, mungkin Najwa ada perancangan itu secara diam-diam? 

Saya ada perasan video TikTok tu dan rasa terharu ramai orang sudi menghargai lagu-lagu saya. Alhamdulillah. Setakat ini, belum ada perancangan untuk mini showcase tetapi kalau ada rezeki, insya-Allah saya akan maklumkan. 

Ada juga beberapa penganjur yang menawarkan perkhidmatan untuk mengadakan konsert Najwa? Ada yang tawarkan berskala besar, sementelah lagu-lagu Najwa bukan hanya satu dua kan? Terbuka untuk bekerjasama? 

Alamak, maaf saya tak perasan. Tetapi kalau betul ada, masih terharu. Saya sebenarnya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan mana mana pihak. Jika boleh capai kata sepakat tentang semua yang berkaitan, kenapa tidak kan? Tetapi kita perlu lihat dari pelbagai sudut. Kita tengok macam mana nanti. Ada rezeki, insya-Allah. 

Dalam ramai yang mengharapkan konsert, ada juga yang mahukan lagulagu daripada Najwa. Karya Najwa dikatakan lebih dekat dengan hidup mereka, bercerita tentang pahit manis perjalanan ini. Komen? 

Saya pun sebenarnya tak sangka ramai yang sudi hargai lagu saya. Buat masa ini, perancangan lagu baru sentiasa ada di kepala saya dan saya masih mencari idea yang sesuai. Saya memang guna konsep kalau ada, saya akan terus lancarkan. Kalau tidak ada, kita tengok tahun-tahun mendatang pula macam mana.

Tetapi adakah Najwa tidak suka populariti? Lebih senang bergerak sendiri tanpa limpahan perhatian? Sedangkan satu ketika dahulu, Najwa ialah penyanyi wanita muda yang mencetuskan fenomena Cinta Muka Buku.

Sejujurnya, saya bukanlah tidak selesa atau tidak suka dengan populariti. Cuma, saya ini orangnya lebih suka tidak ada apa apa pengharapan. Saya sendiri pun sudah ada dalam industri seni ini lebih dari sedekad. Jatuh bangun itu biasa. Jadi, kalau lagu saya diterima, saya gembira. Kalau penerimaan itu suam-suam sahaja pun, saya gembira. Prinsip saya, tiada masalah cuba lagi. Tiada kekecewaan atau putus harapan.

Kongsikan sedikit perkembangan seni sekarang? Kehidupan peribadi. Sekarang kalau nak tengok Najwa, memang kena lalu garis masa media sosial sahajakah? 

Perkembangan seni berjalan seperti biasa. Saya masih dapat ruang untuk penuhi jemputan dan undangan persembahan yang ada. Buat masa ini, saya tengah sambung belajar. Jadi seperti peminat-peminat tahu, fokus saya buat masa ini adalah belajar dan meluangkan masa bersama ahli keluarga saya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya