Berkecil hati? Tidak, tetapi jangan sebar fitnah - Izzue Islam

Berkecil hati? Tidak, tetapi jangan sebar fitnah – Izzue Islam

Izzue islam
Izzue islam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: Pengacara dan pelakon, Izzue Islam tidak berkecil hati berdepan pelbagai tohmahan melibatkan zuriat namun meminta agar tiada lagi spekulasi atau cerita tidak benar yang disebarkan.

Jelas Izzue, dia terkejut apabila menerima ucapan tahniah gara-gara sebuah akaun di aplikasi TikTok menggunakan nama isterinya, Awin Nurin dan memuat naik video mereka mengumumkan sudah mengambil anak angkat.

“Saya rasa warganet juga tahu itu adalah akaun palsu yang sengaja dicipta untuk sebar spekulasi dan fitnah. Tetapi bila dapat ucapan tahniah tiba-tiba, kami berdua pun pelik. Tak ada pula memang anugerah apa-apa.

“Rupa-rupanya ada video tular konon kami sudah ambil anak angkat. Sedangkan itu video bersama anak saudara. Tak baik buat dan sebarkan fitnah macam itu apatah lagi guna isu yang sensitif.

“Kami berdua tidaklah berkecil hati. Sudah biasa ditanya soal zuriat. Tetapi tak perlu sebar fitnah semata-mata mahukan pengikut atau jumlah tontonan tinggi. Tak pasal-pasal kami kena hadap,” katanya.

Izzue ditemui ketika pelancaran produk baharu, Scentify by Enchanteur yang turut menyaksikan rekod baharu The Malaysia Book Of Records bagi Jumlah Pakaian Terbanyak Yang Digosok Dalam Sehari tercipta (10,700 helai).

Dalam pada itu, ditanya tentang emosi isterinya tatkala berdepan isu zuriat, penyanyi Sahabat itu bersyukur kerana suri hatinya tidak terganggu dengan kontroversi dan tohmahan kerana tahu itulah norma hidup sebagai selebriti.

“Dia okay sahaja. Mungkin kami sendiri sudah menyerahkan soal zuriat 100 peratus kepada Tuhan. Jadi apa pun perancangan-Nya, kami yakin itu yang terbaik. Kita tidak boleh mempersoal takdir.

“Kami bersangka baik dengan Tuhan. Semoga ada rezeki yang diberikan. Tetapi untuk yang terus sebar fitnah, hentikanlah. Tak baik. Mungkin kami tidak terganggu, bagaimana pula dengan keluarga lain?

“Jangan jadikan media sosial sebagai platform untuk sebar cerita tidak benar. Curi video orang lain dan buat akaun palsu demi ‘populariti ciptaan’. Tak seronok begitu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya