Bercuti tak perlu bawa 14 helai baju dalam, tiga dah cukup

Bercuti tak perlu bawa 14 helai baju dalam, tiga dah cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP kali hendak bercuti, kepala pun mula pening memikirkan pakaian dan barang keperluan lain yang akan dibawa.

Kalau boleh semua baju yang ada dalam almari hendak dibawa. Risau kalau tidak cukup baju nanti atau baju yang dipakai tidak sesuai.

Tapi harus diingat, sebelum mengemas beg anda dan membawa barangan yang diinginkan, kebiasaannya ada had berat bagasi yang dibenarkan terutama oleh pengendali kapal penerbangan.

Malah kini, pengangkutan darat seperti bas pun turut menetapkan had berat bagasi yang dibenarkan. Sesetengahnya hanya membenarkan berat bagasi tidak lebih 20 kilogram (kg)!

Apabila bermusafir, sebaiknya anda perlu bijak memilih pakaian atau barang yang penting saja untuk dibawa. Bagaimanapun ini bergantung kepada jenis percutian anda, sama ada merancang untuk bersantai, ke luar negara atau dalam negara saja.

Kalau bercuti seminggu, tidak perlu bawa bawa baju dalam sebanyak tujuh helai atau 14 helai. Sebaliknya bawa tiga helai saja sudah mencukupi.

Anda boleh mencuci baju dalam dengan sabun mandi yang lembut. Seluar dalam pakai buang paling mudah dan menjimatkan ruang bagasi anda.

Apa yang penting, pastikan pakaian dalam yang dibawa mudah dijaga dan selesa. Elakkan bawa baju dalam dengan span tebal kerana ia bukan saja lambat kering bila dicuci tetapi memakan ruang bagasi.

Pakaian dalam yang diperbuat daripada fabrik kapas sangat sesuai. Ia memberikan ruang pengudaraan dan menghilangkan lembapan dari badan. Ia juga membuatkan anda berasa sejuk selain mampu mengelakkan kegatalan atau berpeluh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×