BCL, Tiko Aryawardhana selamat bernikah hari ini

BCL, Tiko Aryawardhana selamat bernikah hari ini

BCL dan Tiko Aryawardhana selamat bernikah di sebuah hotel mewah sebentar tadi.SUMBER MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) sah bergelar isteri kepada usahawan, Tiko Aryawardhana di sebuah hotel mewah yang terletak di Bali, Indonesia, sebentar tadi.

Menerusi laporan portal berita Indonesia, BCL dan Tiko Aryawardhana tampil sedondon dalam pakaian adat jawa bewarna putih berlatarkan pemandangan laut.

Dalam sebuah video suasana majlis perkahwinan BCL hari ini, turut kelihatan ialah sosok adik kepada arwah suaminya, Ashraf Sinclair iaitu Aishah Sinclair sebagai pengapitnya hari ini.

Majlis perkahwinan antara BCL dan usahawan Tiko Aryawardhana berlangsung di Amankila Resort, Bali dan hanya dihadiri oleh sahabat dan keluarga terdekat seramai 100 orang.

Semalam, penyanyi Badai Telah Berlalu itu menukar nama akaun Instagram kepada @itsmebcl seolah-olah menguatkan lagi khabar angin dia bakal mendirikan rumah tangga pada hari ini.

Sebelum ini, seorang kakitangan Pejabat Urusan Agama Pasar Minggu, membocoran rahasia apabila mengatakan bahawa BCL bakal mengadakan majlis pernikahan di Bali.

BCL pernah berkahwin dengan pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair sebelum dia menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2008 itu dikurniakan seorang putera, Noah yang kini berusia 12 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya