Banjir: Sembilan PPS ditutup 

Banjir: Sembilan PPS ditutup 

TIGA lelaki menggunakan perahu untuk mengangkat barang-barang keperluan setelah kawasan mereka dinaiki air di Rantau Panjang.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup sepenuhnya berikutan 128 PPS dibuka setakat pukul 12 tengah hari berbanding 137 PPS pagi ini. 

Menurut kemas kini portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sejumlah 27,812 mangsa banjir di lima negeri dilaporkan masih berlindung di PPS yang meliputi 8,723 keluarga. 

Kelantan kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan 21,193 mangsa melibatkan 6,858 keluarga diikuti 6,353 mangsa di Terengganu yang melibatkan 1,777 keluarga. 

Selain itu, sejumlah 124 mangsa banjir meliputi 41 keluarga dicatatkan di Johor; 22 mangsa  (37 keluarga) di Pahang dan 20 mangsa (10 keluarga) di Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN