PETALING JAYA: Situasi banjir di negara ini terus meruncing apabila dua lagi negeri iaitu Johor dan Sabah turut terjejas akibat bencana itu menjadikan jumlah mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 6 petang semalam seramai 26,487 orang. Berbanding hari sebelumnya, jumlah mangsa dipindahkan ke PPS di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor adalah seramai 25,654 orang. Semua mangsa yang terdiri daripada 8,158 keluarga itu ditempatkan di…










