Banjir gelombang kedua di Terengganu semakin surut - Utusan Malaysia

Banjir gelombang kedua di Terengganu semakin surut

ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu membersihkan rumah penduduk yang dipenuhi lumpur dalam kejadian banjir di Kampung Tok Kah, Dungun, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Situasi hari keenam banjir gelombang kedua di Terengganu semakin surut dengan mangsa terus berkurangan kepada 158 orang daripada 16 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 561 orang daripada 120 keluarga pada 4 petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, terdapat empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di tiga daerah ketika ini.

Menurutnya, mangsa tertinggi ketika ini ialah di Marang iaitu 114 orang daripada enam keluarga (termasuk sebuah institusi pemulihan) yang berada di dua PPS.

“Situasi di Dungun juga bertambah baik dengan hanya 42 mangsa daripada sembilan keluarga masih berada di satu PPS ketika ini iaitu di Balairaya Kampung Pelandan

“Situasi di Setiu pula kekal tidak berubah dengan hanya dua sekeluarga masih berada di satu PPS di daerah itu iaitu di Surau Kampung Nyatoh,” katanya di sini, hari ini.

Cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu ketika ini mendung dan sesekali hujan di beberapa kawasan.

Tinjauan Utusan Malaysia Kosmo! di kebanyakan lokasi yang telah pulih pula mendapati kebanyakan penduduk masih tidak mengalihkan perabot dan barangan elektrik ke tempat asal kerana bimbang banjir kembali berulang dalam masa terdekat.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air melaporkan tiada sungai yang telah melepasi paras bahaya atau paras amaran setakat pukul 8 pagi ini.

Bagaimanapun, rekod di stesen Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman menunjukkan bacaan setinggi 18.08 meter berbanding paras amaran 18 meter.

Selain itu, terdapat tiga stesen yang masih menunjukkan bacaan melebihi paras berjaga-jaga di daerah Hulu Terengganu, Kemaman dan Kuala Nerus.

Sungai tersebut ialah Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Sungai Telemong di Kuala Ping dan Sungai Nerus di Kampung Jeram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya