Banjir di Terengganu semakin pulih - Utusan Malaysia

Banjir di Terengganu semakin pulih

SEKUMPULAN kanak-kanak bermain banjir  di Kampung Paya, Balai Besar, Dungun, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Terengganu semakin pulih dengan mangsa terus berkurangan kepada 158 orang daripada 16 keluarga setakat pukul 8 malam ini berbanding 812 orang daripada 180 keluarga pada pukul 8 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan terdapat empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di tiga daerah ketika ini.

“Di Dungun, seramai 42 mangsa daripada sembilan keluarga masih berada di sebuah PPS manakala di Marang pula, jumlah mangsa terus berkurangan kepada 114 orang daripada enam keluarga di dua PPS.

“Situasi di Setiu pula hampir pulih sepenuhnya kerana hanya dua mangsa daripada satu sekeluarga masih berada di satu PPS di daerah itu,” katanya.

Cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu ketika ini mendung dan sesekali hujan di beberapa kawasan.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air melaporkan tiada sungai yang telah melepasi paras bahaya atau paras amaran setakat 4 petang ini.

Bagaimanapun, terdapat dua stesen yang masih menunjukkan bacaan melebihi paras berjaga-jaga di daerah Hulu Terengganu iaitu Sungai Peneh di Felda Mengkawang dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya