Aspek kemajmukan sosial perlu diurus dengan baik: Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Aspek kemajmukan sosial perlu diurus dengan baik: Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada salah seorang penerima di Masjid Darul Salam, Padang Keria, Simpang Ampat, Kangar, Perlis. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Beberapa elemen penting daripada pelbagai sudut perlu diurus dengan baik khususnya dalam aspek kemajmukan sosial bagi menjadikan rakyat Malaysia lebih unik berbanding negara lain.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara kelainan yang terdapat di Malaysia berbanding negara lain adalah meliputi kepelbagaian kaum, budaya dan agama.

Titah baginda, agama merupakan asas kepada pemikiran, corak kehidupan dan prinsip malah ia menjadi panduan bagi peradaban sepanjang masa.

“Peraturan, undang-undang, hukum hakam yang telah dibentuk dan dikuasakan juga seharusnya dipatuhi oleh setiap rakyat di negara ini.

“Keabsahan sesebuah kerajaan yang sedang memerintah dan menjaga kepentingan masyarakat turut perlu mengikut lunas undang-undang,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seramai 140 penerima di Masjid Darul Salam, Padang Keria, Simpang Ampat, di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, seramai 70 penerima adalah dari Kariah Masjid Darul Salam Padang Keria manakala baki selebihnya merupakan Kariah Masjid Datuk Jaafar Hassan Sungai Padang di mana setiap seorang menerima sumbangan berjumlah RM700.

Jumlah keseluruhan sumbangan MAIPs yang disampaikan pada majlis itu adalah sebanyak RM98,000.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, kepelbagaian adat dan budaya di negara ini juga perlu diraikan serta dihormati oleh semua pihak tanpa membelakangkan agama.

“Bahasa Jiwa Bangsa pula merupakan satu hikmah yang menggambarkan kedudukan bahasa dalam hubungannya yang menjadi kekuatan bangsa dan seterusnya negara,” titahnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya