Raja Muda Perlis berangkat saksikan ibadah korban di Masjid Al-Mursyid - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis berangkat saksikan ibadah korban di Masjid Al-Mursyid

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyaksikan pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha di Masjid Al-Mursyid, Pauh Guring.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyaksikan pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Mursyid, Pauh Guring di sini.

Berangkat sama, anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Menyambut baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Maizura Shamsuddin, dan Pengerusi masjid itu, Syed Abu Bakar Syed Kamal Bharin Jamalullail.

Keberangkatan baginda sekeluarga jelas mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan Institusi Diraja Perlis dalam menghayati pengorbanan, nilai kemanusiaan serta semangat kebersamaan yang menjadi inti pati sambutan Aidiladha.

Tuanku Syed Faizuddin menitahkan bahawa ibadah korban yang dilaksanakan bukan sahaja melambangkan ketaatan dan pengabdian kepada Allah SWT, malah membawa mesej yang amat besar dalam memperkukuhkan semangat ukhuwah, berkongsi rezeki serta menyantuni golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang.

Baginda turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha jawatankuasa masjid serta penduduk setempat yang berganding bahu menjayakan ibadah korban secara tersusun, lancar dan penuh semangat gotong-royong pada saban tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN