Anson, Jing Xuen juarai Kejohanan Johor Junior Golf Masters 2023

Anson, Jing Xuen muncul juara Kejohanan Johor Junior Golf Masters 2023

ANSON Yeo (kanan) dan Jing Xuen bersama trofi selepas masing-masing muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Johor Junior Golf Masters 2023. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pemain Malaysia, Anson Yeo dan Jing Xuen muncul juara keseluruhan bagi kategori lelaki dan perempuan pada Kejohanan Johor Junior Golf Masters 2023 (JJM2023).

Menerusi kenyataan JJM, kejohanan bertaraf antarabangsa itu dianjurkan oleh Southern Amateur Golf Club (SAGC) dan mendapat perkenan Yang Amat Mulia Tunku Aris Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Idris selaku Presiden Johor Golf Association (JGA).

Menurutnya, acara yang berlangsung selama tiga hari di The Els Club, Desaru Coast, Johor Darul Ta’zim pada 27 hingga 29 Disember lalu itu turut disokong oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA), Kementerian Belia dan Sukan dan Tourism Johor.

TUNKU Abdul Majid Idris (empat dari kanan) bersama wakil dari Southern Amateur Golf Club (SAGC) dan Johor Golf Association (JGA) selepas tamat Kejohanan Johor Junior Golf Masters 2023 (JJM2023).

“Pemain daripada 10 negara menyertai JJM2023 antaranya Malaysia, Thailand, Singapore, Vietnam, India, China, Indonesia, Korea, Amerika Syarikat dan Kanada.

“Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu memberikan cabaran kepada pemain di dalam kejohanan ini,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, bagi kategori lelaki A, Anson Yeo berjaya merangkul kejuaraan tersebut selepas meninggalkan pesaing terdekatnya yang juga rakan senegara, Rizq Adam Rohizam dengan kelebihan enam pukulan.

Menurut kenyataan itu, dengan mencatatkan eagle di lubang ketiga dan birdie di lubang ke-18, beliau mengukuhkan kedudukannya sebagai juara keseluruhan kategori lelaki dalam kejohanan tersebut.

“Kemenangan ini dicapai selepas mengatasi pemain India, Kartik Singh daripada kategori lelaki B dengan kelebihan dua pukulan,” katanya.

Dalam pada itu, bagi kategori perempuan pula, dengan berbekalkan enam pukulan sebelum bermulanya hari terakhir kejohanan, Jing Xuen memastikan beliau layak merangkul kejuaraan untuk kategori B dan keseluruhan dengan menewaskan pemain China, Ren Yijia.

Namun begitu, katanya, pada hari terakhir kejohanan, Jing Xuen menunjukkan kekurangan tumpuan apabila hanya berjaya mencatatkan 73 pukulan.

“Bagaimanapun dengan hanya berbekalkan kelebihan satu pukulan sudah mencukupi buat Jing Xuen untuk mengatasi pemain China, Ren Yijia yang muncul naib juara,” ujar kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya