Anak boleh tahu jika kita murung, enggan beri energi itu - Luqman Hafidz - Utusan Malaysia

Anak boleh tahu jika kita murung, enggan beri energi itu – Luqman Hafidz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun hidup dilanda masalah, pelakon, Luqman Hafidz, tidak akan sesekali menunjukkan kesedihan setiap kali bertemu anaknya, Eve Laura.

Menurut Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, 31, walaupun anaknya bersama bekas isteri, Nurul Atiqah Mad Apandi baru berumur tiga tahun, namun dia boleh merasai energi yang diberikan oleh orang sekeliling.

“Kehidupan sebagai bapa menjadikan saya lebih kuat kerana ada seseorang yang sedang bergantung hidup kepada kita.

“Jadi, bila saya tidak bersemangat, saya akan fikir tentang anak. Automatik, motivasi itu akan kembali semula.

“Walaupun baru berusia tiga tahun, mungkin dia boleh nampak kita murung. Jadi saya enggan berkongsi energi tidak baik itu,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Luqman berharap kerjayanya sebagai seorang pelakon akan lebih baik untuk tahun 2024 sekali gus memudahkan urusannya mencari nafkah buat anak.

“Kalau saya bekerja, memang niat saya untuk beri rezeki kepada anak. Perkara ini memang kedengaran klise tapi saya percaya kalau Allah kata itu rezeki dia (anak) maka itu rezekinya. Jika tidak, saya sudah berlapang dada.

“Fasa sekarang saya berharap agar peluang berlakon akan sentiasa ada dan dapat watak yang wajar untuk dibawakan. Semoga saya akan dapat teruskan perjuangan dalam bidang ini,” tambahnya.

Pelakon Ola Bola itu juga turut bersyukur kerana hubungannya dengan bekas isteri masih baik demi kebahagiaan anak mereka.

“Hubungan saya dan bekas isteri pun baik, Alhamdulillah.

“Saya harap keadaan ini akan berkekalan kerana tidak mahu penceraian ini akan memberi kesan kepadanya.

“Saya mahu anak faham bahawa dia tetapi memiliki sokongan kuat daripada kami berdua,” tambahnya.

Bercerita mengenai impian untuk tahun 2024, Luqman bakal memberi fokus kepada bidang kepengarahan dan menghasilkan filem pendek sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Saya tengah buat persediaan untuk mengarahkan filem pendek sempena hari raya nanti.

“Kalau tengok filem pendek sebelum ini, kebanyakannya menceritakan tentang seorang bapa tapi dalam jalan cerita yang menyedihkan.

“Kali ini, saya mahu bawakan jalan cerita seorang bapa yang lebih mesra,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN