Aina Abdul, Ernie Zakri, Marsha Milan tepati ramalan ke AJL38 - Utusan Malaysia

Aina Abdul, Ernie Zakri, Marsha Milan tepati ramalan ke AJL38

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 12 lagu mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL 38) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac tahun depan.

Antara yang layak adalah Jangan Mati Rasa itu nyanyian Aina Abdul, Astana (Ernie Zakri), Sutera (Aisha Retno), Santai (Faizal Tahir), Inilah JalanNya (Masdo) dan Darah (Marsha Milan).

Turut melangkah ke AJL38 adalah Kalam nyanyian Shiha Zikir, Hasrat (Amir Jahari), Kucuma  (Jamal Abdillah dan Wany Hasrita), Bintang (Hael Husaini), Waktu (Ziana Zain dan Hasif Upin), serta Selagi Ku Ada (Nabila Razali dan Khai Bahar).

Sebanyak 30 lagu berentap pada Semi final Muzik Muzik 38 bermula Jumaat hingga hari ini.

Kesemua lagu tersebut diadili barisan juri terdiri daripada Datuk Mokhzani selaku ketua Juri, LY, Helen Yap, Azmeer, Cat Farish dan Datuk Wah Idris

SFMM38 yang berlangsung di Glenmarie, Shah Alam dihoskan Izzue Islam dan Fiza Frizzy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN