Ahmad Said letak jawatan beri laluan pemimpin baharu - Utusan Malaysia

Ahmad Said letak jawatan beri laluan pemimpin baharu

AHMAD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengambil keputusan meletakkan jawatannya bagi memberi laluan kepada pemimpin baru untuk meneraju UMNO negeri itu.

Ahmad yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berkata, beliau turut mencadangkan jawatannya digantikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong, Datuk Rozi Mamat.

“Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan saya telah mencadangkan Datuk Rozi Mamat, bagi menggantikan saya.

“Keputusan yang telah saya buat ini adalah semata-mata untuk memberi laluan kepada orang baru yang lebih muda bagi meneraju UMNO Negeri Terengganu,” katanya menerusi satu kenyataan media di laman sosial Facebooknya, malam ini.

Ahmad berkata, beliau berharap dengan pelantikan Rozi dapat menyuntik semangat baharu dalam pentadbiran UMNO negeri itu.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu beliau sepanjang mentadbir UMNO negeri.

“Saya memohon kemaafan kepada semua yang terlibat dalam pentadbiran saya selama ini, jika ada kekasaran atau kekurangan yang telah saya lakukan sepanjang pentadbiran saya,” katanya.

Hari ini, UMNO dalam satu kenyataan memberitahu, Rozi dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu baharu menggantikan Ahmad Said dan Datuk Onn Hafiz Ghazi pula menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya