Ada kesan jerutan di leher Zayn Rayyan

Ada kesan jerutan di leher Zayn Rayyan

ZAYN RAYYAN ABDUL MATIIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis mengesahkan terdapat kesan jerutan di leher Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemukan dalam sungai selepas hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, turut ditemukan kesan kecederaan di badan mangsa.

Kata beliau, usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dilakukan selain keterangan beberapa saksi akan diambil sekali lagi.

“Kita akan panggil semua saksi terdekat dengan kes ini termasuk ibu bapa, jiran dan orang awam yang jumpa mangsa malam tadi.

“Kita (polis) juga akan ke lokasi mangsa ditemukan bagi mengesan sekiranya terdapat petunjuk-petunjuk baharu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, hasil bedah siasat menemukan terdapat kecederaan di leher dan badan Zayn Rayyan.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak terbabit mendapati ada unsur jenayah.

Susulan itu, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, Ismanira dilaporkan berkata, sebelum kejadian dia mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah.

Katanya, sebaik tiba di kawasan perumahan anaknya itu secara tiba-tiba meragam dan mahu bermain buaian di taman permainan.

Mayat Zayn Rayyan ditemukan di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira pada 10 malam.

Penemuan kanak-kanak berkenaan susulan Op Tutup rumah ke rumah dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang bermula pukul 9 malam tadi. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.