300 mangsa banjir berpindah dua kali di PPS berasingan - Utusan Malaysia

300 mangsa banjir berpindah dua kali di PPS berasingan

ABDUL Aziz Mamat (kanan) bersama penduduk Kampung Paya Besar yang berpindah ke PPS SK Kuala Berang, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kira-kira 300 mangsa banjir di Kampung Paya Besar dekat sini terpaksa berpindah pusat pemindahan sementara (PPS) baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Berang setelah PPS yang diduduki awal di kampung itu dinaiki air, hari ini.

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Paya Besar, Abdul Azih Mamat, 58, berkata, kesemua mangsa melibatkan 110 keluarga beransur-ansur pindah di PPS SK Kuala Berang kira-kira pukul 7 malam semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian diarahkan pihak berkuasa berpindah awal ke SK Kuala Berang ekoran paras air semakin meningkat selain laluan menghubungkan ke kampung berkenan juga dinaiki air.

“PPS di Kampung Paya Besar dibuka mulai pukul 8 malam pada 24 Disember lalu. Melihat paras air sudah memenuhi pekarangan bangunan PPS dua tingkat petang semalam, kami diarahkan segera berpindah sebagai langkah keselamatan.

“Ada yang berpindah dengan kenderaan sendiri selain dibantu pasukan keselamatan. Paras air naik begitu cepat.

“Pagi ini saya dimaklumkan air sudah cecah 1.5 meter dan telah tenggelamkan tingkat bawah bangunan PPS. Sekiranya hujan berterusan tidak mustahil paras air boleh cecah ke tingkat dua bangunan,” katanya ketika ditemui di SK Kuala Berang, dekat sini hari ini.

Abdul Azih berkata, kejadian terpaksa berpindah ke PPS baharu telah dilalui tiga kali dalam kejadian banjir sebelum ini.

Jelasnya, mereka kali pertama berpindah PPS ketika banjir luar biasa Februari tahun lalu dan kedua pula Disember tahun sama.

Tambah beliau, kawasan Kampung Paya Besar kini telah ditenggelami air hampir 100 peratus dan keseluruhan penduduk terpaksa berpindah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya