HULU TERENGGANU: Sepasang suami isteri dari Taman Bukit Murtaja, Batu 23, dekat sini, mengindahkan kediaman mereka dengan tanaman kira-kira 100 spesies pokok hiasan sekali gus sebagai ‘medan’ pengerat kasih sayang. Siti Khadijah Mamat, 57, berkata, segalanya bermula lebih serius empat tahun lalu selepas suaminya, Mamat Mat Hasan, 59, menamatkan perkhidmatan sebagai pegawai tentera. Kata ibu kepada empat anak itu, hiasan landskap diberi nama Laman Iris itu membantu peredaran udara dan…










