Zahid mahu lihat Bagan Datuk jadi nombor satu sebelum bersara - Utusan Malaysia

Zahid mahu lihat Bagan Datuk jadi nombor satu sebelum bersara

AHMAD Zahid Hamidi bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali 2023 di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu melihat pembangunan termasuk modal insan di Bagan Datuk menjadi yang terbaik di negara ini sebelum bersara daripada politik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mahu melihat bukan sahaja pembangunan fizikal di daerah itu tetapi juga berjaya menangani masalah kemiskinan semua kaum manakala pendidikan berada di tahap cemerlang.

“Saya menjadi Ahli Parlimen sejak 1995, perkhidmatan yang cukup panjang.

“Saya sudah berada di hujung perkhidmatan, (jadi) sebelum saya menamatkan perkhidmatan, saya mahu lihat pembangunan di Bagan Datuk berada di nombor satu,” katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Deepavali 2023 di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini hari ini.

Menurutnya, peruntukan Ahli Parlimen yang diterimanya pula diagihkan sama rata iaitu masing-masing 50 peratus kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya serta ADUN Hutan Melintang, S. Wasanthee.

Beliau memberitahu, tiada Ahli Parlimen lain di negara ini yang mengagihkan peruntukan diterima mereka daripada Kerajaan Pusat kepada ADUN masing-masing, hanya di Bagan Datuk melakukannya.

Kata beliau, ia dilakukan bagi memastikan semua penduduk Bagan Datuk mendapat manfaat daripada peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan.

Ketika ditemui pemberita dan ditanya sama ada beliau membayangkan kemungkinan tidak bertanding semula pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16), beliau menjawab: “Kita ada PRU-16, PRU-17 dan PRU-18, jadi kita tunggulah ketikanya yang sesuai.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya