Yazli Shah jadi ‘tauke’ bakeri Orang Asli - Utusan Malaysia

Yazli Shah jadi ‘tauke’ bakeri Orang Asli

YAZLI Shah Asmani dan isteri menunjukkan roti yang dihasilkan Zayana Homemade Bakery di Perkampungan Orang Asli Felcra Sungai Layau, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang lelaki Orang Asli sanggup berhenti kerja dalam bidang perkapalan demi minatnya untuk membuka kedai bakeri.

Yazli Shah Asmani, 42, yang berasal dari Perkampungan Orang Asli Felcra Sungai Layau dekat sini yang sebelum ini bekerja di Pelabuhan Johor selama 16 tahun beralih minat dalam bidang tersebut selepas menonton YouTube pembuat roti dari Jepun.

Bahkan dia memberanikan diri membuka perniagaan itu walaupun hanya mempelajari menerusi platform media sosial dan kini mampu menghasilkan lebih 10 jenis roti untuk dijual.

“Setelah berbincang dengan isteri, Rawdaah Abdul Shukor, 37, kami setuju untuk membuka perusahaan bakeri ini. Saya pun tidak tahu macam mana boleh masuk bidang ini, namun semuanya bermula selepas balik kerja, saya suka tonton di YouTube video pembuat roti dari Jepun dan timbul minat untuk menceburi bidang ini.

“Hingga kini saya sudah me­labur kira-kira RM85,000 untuk membeli peralatan, membina tambahan bangunan dan lain-lain lagi dalam tempoh tujuh tahun perniagaan kami di sini.

“Ramai rakan yang tidak sangka melihat saya sekarang menjayakan perusahaan bakeri kerana agak lama juga saya be­kerja dalam bidang perkapalan. Mereka juga terkejut kerana tidak sangka saya bukan sahaja pandai buat roti bahkan kek,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Bapa kepada dua orang anak itu berkata, selain modal sendiri dia juga menerima bantuan da­ripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) pada awal permulaan perniagaan yang menggunakan jenama Zayana Homemade Bakery.

Malah dia juga bangga apabila dimaklumkan pihak Jakoa bahawa dia adalah anak Orang Asli pertama yang menceburi bidang bakeri.

“Cabaran itu memang ada lebih-lebih lagi ketika memulakan perusahaan ini. Saya memang 100 peratus belajar daripada YouTube. Jadi, banyak benda perlu belajar, kaji serta perlu baiki sendiri jika apa yang dibuat tidak menjadi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya