Yayasan ini adalah permintaan Matthew sendiri - Keith Morrison - Utusan Malaysia

Yayasan ini adalah permintaan Matthew sendiri – Keith Morrison

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bagi menghormati dan membantu lebih ramai orang mengatasi masalah ketagihan dadah serta alkohol, keluarga mendiang pelakon, Matthew Perry menubuhkan yayasan untuk mengumpul dana bagi tujuan tersebut.

Memetik laporan People.com, ayah tirinya, Keith Morrison berkata, usaha ini adalah cara mereka untuk menghormati mendiang dan membantu individu yang memerlukan supaya tidak melalui tragedi sama seperti mereka.

“Kami sebagai sebuah keluarga mahu mengingati dan menghormati mendiang dengan cara ini. Kami mahu legasi dan nama baiknya dalam industri seni akan sentiasa ‘hidup’.

“Yayasan Matthew Perry adalah antara jalan keluar kepada mereka yang ketagihan arak, dadah atau apa-apa yang boleh mengakibatkan kecelakaan hidup,” ujarnya.

Perry yang juga salah seorang pelakon siri popular Friends, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Pacific Palisades di sini, dipercayai akibat lemas selepas ditemukan dalam jakuzi di kediamannya itu.

Memetik laporan portal hiburan antarabangsa, tiada bahan terlarang ditemukan di lokasi tersebut atau sebarang perkara yang mencurigakan sebelum Perry menghembuskan nafas terakhirnya.

Pelakon yang menghembuskan nafas di usia 54 tahun itu sebelum ini banyak melakukan kebajikan dan menderma kepada mana-mana yayasan bagi membantu mereka yang mempunyai masalah ketagihan.

Dalam pada itu, tambah Morrison lagi, pelakon tersebut sudah beberapa kali melontarkan hasrat untuk menubuhkan satu yayasan khas bagi tujuan tersebut semasa hidupnya.

“Ini bukan satu hal yang mudah tetapi permintaan ini sesuatu yang sukar saya tolak. Lakukan apa sahaja yang kita mampu, Perry akan berterima kasih,” katanya.

Untuk info, Perry sebelum ini juga berjuang melawan masalah ketagihannya dan pernah beberapa kali dimasukkan ke pusat pemulihan secara sukarela.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya