Yayasan Bank Rakyat dan Yayasan Tuanku Syed Putra bina jati diri pelajar Perlis - Utusan Malaysia

Yayasan Bank Rakyat dan Yayasan Tuanku Syed Putra bina jati diri pelajar Perlis

SYAIFUL Rizal Abdul Ghani menyerahkan sijil penghargaan kepada fasilitator Kem Jati Diri Perlis di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah Bukit Keteri Perlis hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yayasan Bank Rakyat (YBR) bekerjasama dengan Yayasan Tuan Syed Putra Perlis mengadakan Majlis Perasmian Penutupan Kem Jati Diri untuk pelajar sekolah menengah terpilih yang memberi tumpuan kepada modul pembentukan akhlak belia di sekitar negeri Perlis.

YBR dalam kenyataan berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan beberapa pihak lain iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS), Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Rejimen 504 Askar Wataniah Kem Bukit Keteri Perlis dengan menyasarkan penglibatan 60 pelajar perempuan sekolah menengah di negeri itu.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, pihaknya amat menyokong inisiatif pendidikan kepada semua lapisan masyarakat dan golongan belia merupakan golongan sentiasa mendapat perhatian dalam mengembangkan potensi mereka.

“Antara objektif lain bagi perlaksanaan program ini adalah untuk membimbing peserta agar dapat memiliki nilai murni dan jati diri, memberi pendedahan mengenai isu-isu semasa serta melahirkan peserta yang berdisiplin dan bersemangat patriotik serta cintakan negara.

“Diharap inisiatif ini dapat membantu memberi pendedahan kepada para peserta bagi membentuk kepimpinan muda pelapis yang bertanggungjawab dan berketerampilan, selaras dengan hala tuju kementerian bagi melahirkan lebih ramai lagi pelapis kepimpinan belia pada masa akan datang.

“Melalui modul-modul yang telah disediakan sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran dan motivasi para peserta untuk mempertingkat tahap pencapaian melalui jati diri yang utuh di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat,” katanya.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil mencemar duli ke majlis itu yang bertempat di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah Bukit Keteri Perlis.

Turut hadir adalah Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.