Yang penting tak bermasam muka kan? - Utusan Malaysia

Yang penting tak bermasam muka kan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Nourul Wahab Depp mengambil pendekatan untuk tidak menghebohkan isu keluarga yang dihadapinya meskipun krisis bersama anak, Ayu Nazirah terus hangat diperkatakan masyarakat.

Penyanyi lagu Kerana Terluka ini menerusi satu perkongsian di Instagram menegaskan masalah berkenaan tidak perlu dikongsi kepada umum, sebaliknya diselesaikan secara tertutup.

“Orang kata air dicincang tak akan putus, begitulah juga hubungan anak beranak Ayu dan Nourul Depp.

“Lagipun, syurgakan di bawah tapak kaki ibu, yang penting tak bermasam muka kan?

“Hal keluarga kita settle rumah sahaja, orang luar tak perlu tahu kan?” tulisnya.

Cerita masalah dengan Ayu tercetus apabila penyanyi itu sebelum ini memberi bayangan berkecil hati kerana dipinggirkan anak gadisnya tersebut.

Nourul yang menulis luahan itu di media sosial bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat terperinci berkenaan hal berkenaan.

Perkongsiannya dalam pada itu menerima reaksi positif peminat di Instagram.

Selain berkongsi kata-kata semangat, netizen turut mendoakan agar hubungan anak beranak itu kembali pulih.

“Semoga dipermudahkan, semoga yang baik-baik buat Nurul dan Ayu. Allah umi tanda sayang, Insya-Allah, will come to you and your family,” tulis seorang warganet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN