Wanita berdepan hukuman mati, dituduh bunuh rakan kongsi perniagaan - Utusan Malaysia

Wanita berdepan hukuman mati, dituduh bunuh rakan kongsi perniagaan

NOORAINI Remali yang dituduh membunuh rakan kongsi perniagaannya dibawa ke Mahkamah Majistret Marang, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang wanita berdepan hukuman mati atas tuduhan membunuh rakan kongsi perniagaannya, 1 November lalu.

Tertuduh, Nooraini Remali, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang hari ini atas tuduhan membunuh rakan perniagaan berusia 65 tahun.

Bagaimanapun tiada pengakuan bersalah daripada tertuduh sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes sambil menunggu laporan kimia.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang merupakan peniaga baju kurung dan tudung didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tepi jalan utama berdekatan Telekom Malaysia, Batu 23 dalam daerah Kuala Berang antara 3.20 sehingga 4 pagi, 1 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Akmal Mohd. Jazlee manakala tertuduh diwakili peguam, Abdul Hayyi Salim.

Utusan Malaysia pada 2 November lalu melaporkan seorang warga emas mati dibunuh di dalam longkang dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan disyaki menggunakan pisau pemotong daging.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan dilaporkan berkata, kejadian dipercayai bermula dengan pertengkaran di dalam kereta dinaiki dua wanita berkenaan.

Perbalahan itu dikatakaan berpunca rasa tidak puas hati agihan keuntungan perniagaan mereka.

Nooraini dan suaminya kemudian ditahan dan direman bermula 2 November lalu sebelum suami tertuduh dibebaskan dengan jaminan polis pada 8 November. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya