Upah pengawal keselamatan bersenjata kawal banglo jadi markas sindiket penipuan

Upah pengawal keselamatan bersenjata kawal banglo jadi markas sindiket penipuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu sindiket penipuan pelaburan sanggup mengupah pengawal keselamatan bersenjata bagi mengawal sebuah banglo yang sebelum ini merupakan pejabat konsulat untuk dijadikan markas kegiatan mereka.

Dalam serbuan di banglo yang terletak di ibu negara pada 22 November lalu itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menahan 23 individu terdiri daripada lapan warga tempatan dan 15 warga asing.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua mereka berusia 20 tahun hingga 62 tahun itu terdiri daripada tujuh warga China dan masing-masing Brunei serta Korea Selatan (empat orang).

“Polis juga merampas beberapa barang antaranya sebuah notebook, laptop dan tablet selain 41 unit telefon bimbit, kereta jenis Lexus (sebuah), kad akses (dua keping) serta satu dokumen,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini hari ini.

Ramli berkata, siasatan mendapati sindiket menawarkan pelaburan berkonsep money game iaitu pelaburan lumayan dalam masa singkat dengan menyasarkan mangsa dalam kalangan warga tempatan, Brunei, Korea Selatan dan China.

Katanya, terdapat tujuh pakej pelaburan ditawarkan dalam bentuk kripto iaitu serendah 155 USDT (RM720.75) hingga 31,000 USDT (RM144,150) dan menjanjikan pulangan harian satu hingga dua peratus selama 155 hari.

“Transaksi pelaburan adalah menggunakan mata wang kripto dan dilakukan dalam talian melalui laman sesawang yang d“Setakat ini hanya lima syarikat dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) 

melakukan urusan berkaitan mata wang kripto di Malaysia iaitu Luno Malaysia Sdn. Bhd., HATA Digital Sdn. Bhd., MX Global Sdn. Bhd., SINEGY DAX Sdn. Bhd. serta Tokenize Technology (M) Sdn. Bhd.,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN