Tips jaga haiwan eksotik - Utusan Malaysia

Tips jaga haiwan eksotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELA haiwan eksotik semakin menjadi trend sehingga tumbuh berbagai-bagai macam jenis kumpulan pencinta haiwan eksotik di platform media sosial. 

Bagaimanapun, ramai juga yang terpaksa ‘angkat tangan’ di pertengahan jalan disebabkan kegagalan memahami, mengenali dan menguruskan haiwan berkenaan. 

Zalhasrah Ahmad Fathillah, 29, popular sebagai pencinta tegar haiwan eksotik kerana memiliki hampir 100 spesies berkenaan, berkongsi tips dalam menjaga haiwan tersebut. 

Pembantu makmal itu kini memindahkan semua haiwan eksotik peliharaannya ke makmal pengajar haiwan eksotik (Exotel) di Fakulti Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), sejak setahun lalu. 

Makmal berkenaan ditubuhkan bersama suaminya, Dr. Goh Soon Heng yang bertugas sebagai Doktor Veterinar dan Pensyarah Kanan di fakulti tersebut, bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. 

TARANTULA 

Menjaga tarantula bergantung kepada spesisnya kerana setiap spesis mempunyai keperluan berlainan. 

Ada memerlukan tanah yang banyak untuk membuat rumah dalam tanah. Ada yang memerlukan habitat di pokok, ada yang memerlukan suhu rendah serta memerlukan kelembapan yang rendah. 

Makanannya pula adalah serangga seperti lipas dubia, cengkerik. 

Pemilik perlu mengenal pasti setiap tarantula mempunyai mekanisme pertahanan tersendiri. 

Walaupun kelihatan tenang, tetapi sebenarnya ia mempunyai bulu halus yang tajam seperti jarum yang boleh mendatangkan bahaya jikalau terkena mata. 

Elakkan memegang guna tangan bagi mengelakkan terkena gigitan atau bulu halus (urticating hairs) yang tajam.

ULAR SAWA BEBOLA 

Reptilia ini lebih sesuai diletakkan dalam terrarium minimum dengan ukuran 120 sentimeter panjang bagi dewasa kerana ia memerlukan ruang untuk bergerak bagi menegangkan badan. 

Lampu haba diperlukan sekiranya ia dibela dalam bilik berpendingin hawa. 

Jenis UVB lebih mendatangkan banyak manfaat kepada sistem imun tubuh mereka. 

Makanan kegemaran ular ialah tikus. 

SERANGGA DAUN ATAU SERANGGA RANTING

 

Biarpun kecil tetapi menjaganya bukan mudah. Kebanyakan serangga ini memerlukan unlimited foodplant seperti daun pokok guava atau mangga kerana tabiatnya makan banyak sehingga mati. 

Ia turut memerlukan bilik pendingin hawa kerana tidak tahan panas. 

Sangkar terrarium dengan jaring merupakan kediaman paling sesuai bagi memudahkan ia memanjat dan bersalin kulit. 

Kelembapan diperlukan untuk memudahkan proses bersalin kulit. 

ULAT BELUNCAS & RAMA-RAMA 

Spesies ini kebanyakannya memerlukan unlimited foodplant seperti pokok bunga kantan kerana tabiat makan banyak sehingga bertukar menjadi kepompong. 

Ia suka bilik pendingin hawa kerana sifatnya yang tak tahan panas. 

Sangkar terrarium yang mempunyai jaring merupakan kediaman paling sesuai bagi memudahkan ia memanjat dan bersalin kulit. 

Kelembapan sedikit rendah diperlukan bagi mengelakkannya daripada terkena jangkitan bakteria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya