Tiada rungutan berkenaan Langkawi di luar negara

Tiada rungutan berkenaan Langkawi di luar negara

PULAU Langkawi, Kedah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) akan terus mempromosikan Pulau Langkawi, Kedah di sebalik dakwaan jumlah kemasukan pelancong ke pulau peranginan itu semakin merudum hingga menjejaskan banyak pemain industri.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar berkata, Langkawi merupakan antara destinasi paling penting di negara ini berikutan kedatangan pelancong luar negara dan domestik.

Menurutnya, setakat ini Pejabat Tourism Malaysia di luar negara tidak menerima sebarang rungutan atau aduan terhadap pulau berkenaan.

“Isu yang berlaku kini di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya yang sedang membuat kajian menyeluruh mengenai dakwaan berkenaan.

“Saya tidak boleh komen kerana itu melibatkan banyak polisi. Kita hendak tahu juga betul atau tidak sebab kita belum terima sebarang statistik.

“Kita akan memberikan input-input diperlukan oleh kementerian untuk melihat sama ada daripada segi promosi yang kurang, adakah disebabkan kekurangan kapal terbang menjadi punca,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Jerayawara Jom Cuti-cuti Malaysia (JCCM).

TIMBALAN Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan Melaka, Datuk Zaidi Attan dan Ammar Abd. Ghapar (kanan) meninjau gerai pempamer pada Majlis Perasmian Jerayawara JCCM di sebuah pasar raya di Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, semakin ramai pengusaha makanan menutup operasi manakala pemilik kereta sewa pula melelong kenderaan masing-masing kerana tidak mahu menanggung hutang bank ekoran kemerosotan pelancong ke Langkawi.

Perkara itu didedahkan Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) yang menyifatkan Langkawi bakal bergelar ‘pekan hantu’ jika tiada langkah drastik daripada kerajaan.

Tambah Ammar, pihaknya akan terus memberi fokus membangunkan pelbagai produk termasuk membantu negeri-negeri yang ingin menganjurkan tahun melawat negeri.

Jelasnya, JCCM yang digerakkan ke tujuh lokasi sebelum ini berjaya merekodkan hasil jualan dianggarkan bernilai RM5.3 juta dengan sejumlah 24,262 pakej pelancongan terjual.

“Jumlah pengunjung yang hadir adalah dianggarkan lebih 50,000 orang yang memeriahkan JCCM sepanjang 2023 ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya