PETALING JAYA: Minyak petrol RON95 dijangka lebih mahal kepada sebahagian rakyat selepas Julai tahun depan, susulan pelaksanaan program subsidi bersasar. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pelaksanaan program itu sebagai langkah mengoptimumkan bahan api kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Katanya, penubuhan Pangkalan Data Utama (Padu) pada Januari lalu memberi akses kepada data yang diperlukan untuk melaksanakan program itu. “Sebuah negara yang T20 menerima 53 peratus subsidi bahan api menyeluruh bukanlah model…