Sidang DUN: Wujud tekanan salah laku integriti dalam kakitangan awam - Utusan Malaysia

Sidang DUN: Wujud tekanan salah laku integriti dalam kakitangan awam

Integriti
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tekanan daripada rakan sekerja dalam jabatan atau agensi di negeri ini berhubung salah laku integriti didakwa wujud berdasarkan laporan balas diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, maklumat tersebut diterima selepas kerajaan negeri melaksanakan arahan dalam Pekeliling Bilangan 6 Tahun 2013 yang memerlukan laporan pengurusan integriti diserahkan kepada Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan ketua jabatan.

Menurutnya, maklumbalas tersebut melibatkan banyak jabatan yang dirujuk sebelum ini namun tidak mempunyai bukti mencukupi.

“Bagaimanapun daripada soal siasat kebanyakan mereka tertekan dengan kelompok yang sudah mempunyai ekosistem dan jaringan tersendiri.

“Unit Integriti di jabatan atau agensi hendaklah mengemukakan laporan berkaitan pelaksanaannya kepada KSU kementerian, ketua jabatan dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM pada setiap empat bulan sekali iaitu sebelum 15 Mei, September dan Januari.

“Maknanya ada tiga kitaran penghantaran laporan dan pelaksanaan di Selangor adalah selaras dengan arahan yang mana laporan perlu dikemukakan kepada SPRM dan disalin kepada Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk dilaporkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) Selangor yang dipengerusikan oleh SUK,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Ramal, Mohd. Shafie Ngah (PN) berhubung peranan Unit Integriti Selangor dalam mengawal gejala rasuah kakitangan awam.

Malah, dalam soalan tambahan, beliau turut memaklumkan pada 2018 hingga 2022 sebanyak 314 kes rasuah melibatkan kakitangan awam dan mendakwa ia mungkin disebabkan oleh ketidakberanian penjawat awam untuk membuat aduan.

Bagaimanapun, Amirudin yang juga ADUN Sungai Tua (PH) menjawab, berdasarkan pekeliling sama, laporan pengurusan integriti tidak terhad kepada suatu ketua jabatan semata-mata sebaliknya dihantar kepada KSU dan juga Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM.

“Maknanya kalau ada kekangan atau melibatkan Ketua Jabatan, ia boleh melibatkan terus kepada KSU ataupun Setiausaha Kerajaan Negeri di peringkat negeri.

“Keduanya, Bahagian Pengurusan Integriti Agensi maknanya kalau jabatan anti rasuah dan integriti seperti di MBI, laporannya akan di hantar ke sana dan juga SPRM. Maknanya bukan satu agensi yang dihantar, bermakna tidak akan tersangkut di mana-mana kalau ikut pekeliling diberikan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya