Sidang DUN: 65 juta guna Bas Smart Selangor sejak 2015 - Utusan Malaysia

Sidang DUN: 65 juta guna Bas Smart Selangor sejak 2015

Bas Smart Selangor
NG Sze Han menjawab pertanyaan berhubung perkhidmatan Bas Smart Selangor pada Sidang DUN dalam Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Selangor Ke-15 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perkhidmatan Bas Smart Selangor dijelaskan bukan bermotifkan keuntungan meskipun jumlah penumpang terkumpul sejak diperkenalkan pada Julai 2015 sehingga September lalu berjumlah 65 juta orang.

Bagaimanapun, jumlah penumpang bagi perkhidmatan itu disasarkan lebih ramai bagi mencapai sasaran penggunaan pengangkutan awam lebih tinggi menerusi penubuhan sistem Mobiliti Selangor.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkata, sistem tersebut akan menggabungkan semua aspek pengangkutan awam negeri ini di bawah satu bumbung dan dipandu berdasarkan analisis data.

“Objektif Bas Smart Selangor adalah untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam oleh semua lapisan masyarakat, disamping dapat mengurangkan bebanan kewangan.

“Inisiatif Mobiliti Selangor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor merupakan satu pendekatan yang pragmatik untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan mobiliti di negeri ini,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Mu’izzuddeen Mahyiddin (PN), hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjawab soalan tambahan daripada Mu’izzuddeen berkenaan perkhidmatan Bas Smart Selangor yang tidak memasuki kawasan-kawasan dalam DUN Hulu Bernam seperti dibangkitkan dan memintanya untuk mencadangkan perkara itu kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Sementara itu, ADUN Kota Damansara, Muhammad Izwan Ahmad Kasim (PH) dalam soalan tambahannya meminta penjelasan kerajaan negeri jika perkhidmatan pengangkutan awam itu dapat dipanjangkan jarak perjalanannya berbanding had sedia ada.

Sze Han yang juga ADUN Kinrara (PH) itu memaklumkan kawalan jarak dilakukan bagi mengelakkan masa menunggu dan masa perjalanan sesebuah bas itu terlalu lama sehingga menyusahkan pengguna.

“Jadi kalau hendak memanjangkan jarak perjalan itu, maka masa tunggu akan menjadi panjang. Sekiranya ada permintaan di kawasan baharu, kita boleh menambah laluan baharu atau menggunakan konsep yang baharu iaitu Demand Responsive Transit (DRT) di kawasan kampung ataupun mempunyai jalan yang lebih sempit,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya