Sembilan buah negeri dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat

Sembilan buah negeri dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat

PENDUDUK kampung melalui jalan yang digenangi air berikutan hujan lebat sejak beberapa hari di Kampung Atas Tol, baru-baru ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran ribut petir dan hujan untuk beberapa kawasan di sembilan buah negeri.

MetMalaysia berkata, antara negeri yang terbabit adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah.

“Di Kedah, Langkawi, Yan, Kuala Muda dan Bandar Baharu. Pulau Pinang pula di Seberang Perai Selatan. Selain itu, di Perak pula melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar serta Kinta.

“Ia turut melibatkan Jeli, Kelantan dan Pahang di Tanag Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Maran. Selain itu, ribut petir turut dijangka berlaku di Hulu Langat, Selangor.

“Di Negeri Sembilan pula melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin. Sabah pula, di Pantai Barat iaitu Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran serta Kota Belud, ia juga turut melibatkan Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN