PETALING JAYA: Penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman yang dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan dadah, berhasrat menyempurnakan rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak berhubung penyakit kecelaruan bipolar yang dialaminya. Sambil meluahkan kesyukuran ekoran keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang memihak kepadanya Muhammad Yasin berkata, dia menjalani rawatan selama mana yang diperkenan oleh Sultan Selangor. “Saya akan menyempurnakan rawatan bipolar di sana dan kemudian membuat permohonan untuk kembali ke kampung,’’…