Sambutan Deepavali: Simbol kemajmukan budaya - Sivakumar

Sambutan Deepavali: Simbol kemajmukan budaya – Sivakumar

V Sivakumar bergambar bersama penerima sumbangan dan Faedah Perkeso ketika Majlis Ramah Mesra Kementerian Sumber Manusia Sempena Sambutan Deepavali 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 700 tetamu memeriahkan sambutan Hari Deepavali peringkat Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang berlangsung di sini, petang tadi.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, sambutan perayaan ini adalah satu peluang meraikan kemajmukan budaya terutama dalam kalangan warga kementerian.

Pada masa sama, beliau berkata, ia adalah satu masa di mana semua kaum dapat menghormati pelbagai latar belakang dan tradisi yang membentuk sebagai sebuah komuniti.

“Sambutan ini juga merupakan peringatan bahawa dalam bidang sumber manusia, kami menghargai kepelbagaian dan menghormati semua warga kerja dalam kementerian ini.

“Sambutan Deepavali ini adalah titik permulaan untuk meneruskan usaha ini dan memastikan bahawa semua warga kerja merasa dihormati dan dihargai dalam persekitaran kerja,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Deepavali di sini, hari ini.

Katanya, semua pihak diharap supaya tidak melupakan nilai-nilai perpaduan, kepelbagaian dan keterangkuman yang dilambangkan oleh perayaan ini.

Sivakumar berkata, beliau memberi jaminan bahawa kementerian ini akan terus berusaha ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan saksama untuk semua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya