Polis minta saksi kes penunggang motosikal buat laporan

Saksi kes langgar lari diminta buat laporan polis

MOTOSIKAL yang ditunggang mangsa dalam kejadian langgar lari di Jalan Wawasan, Sibu, Sarawak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Polis kini giat mengesan pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian langgar lari sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Jalan Wawasan, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian dilanggar lari oleh sebuah kenderaan pada pukul 3:40 pagi.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa telah yang menunggang motosikal bergerak melalui tempat kejadian lalu dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti jenis dan nombor pendafataran.

“Mangsa yang penunggang motosikal terbabit merupakan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan mengalami cedera parah serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans Hospital Sibu,” jelasnya.

Justeru itu, Zulkipli menggesa agar mana-mana individu yang terlibat dalam kes berkenaan untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan pihak polis.

“Orang ramai dan mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Sungai Merah (084-217901) atau hubungi pegawai penyiasat trafik; Inspektor Muhammad Sahfiq Dihanan (016-4942092),” tambahnya lagi.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya