Runtuhan tapak pembinaan: MBPP keluar notis henti kerja serta-merta  - Utusan Malaysia

Runtuhan tapak pembinaan: MBPP keluar notis henti kerja serta-merta 

ANGGOTA penyelamat berusaha mengesan dan mengeluarkan mangsa yang masih tertimbus dalam kejadian runtuhan konkrit di tapak pembinaan di Batu Maung, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan notis henti kerja serta-merta (stop work order) bagi projek pembinaan gudang yang terlibat dengan kejadian runtuhan di Batu Maung, di sini malam tadi.

Datuk Bandar MBPP, Datuk Ir. A. Rajendran berkata, perintah berhenti kerja itu dikeluarkan awal pagi tadi kepada pihak pemaju dan jurutera projek berkenaan.

A. RAJENDRAN

“MBPP telah mengeluarkan notis henti kerja serta-merta awal pagi ini kepada pemaju dan jurutera projek yang terlibat dengan kejadian runtuhan ini.

”Jurutera perunding projek ini juga telah berada di tapak projek untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan kerja-kerja menyelamat dan pemulihan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, MBPP sebelum ini telah memberi kebenaran kepada pemaju projek untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan pada waktu malam.

”Ini adalah ‘fast track’ projek dan projek ini berada di landasan yang betul (projek on track).

”MBPP juga telah beri kebenaran untuk kerja-kerja  projek ini diteruskan pada waktu malam kerana lokasinya di luar kawasan perumahan,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai jumlah mangsa yang masih tertimbus, beliau berkata, kemungkinan empat mangsa masih tertimbus dan usaha mencari serta menyelamat masih diteruskan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, beliau dimaklumkan kerja-kerja mencari dan menyelamat dijangka mengambil masa selama dua jam lagi.

AZRUL MAHATHIR AZIZ

“Kita jangka apabila konkrit-konkrit ini dialihkan kita akan dapat menemui mangsa-mangsa yang tertimbus.

“Apa yang dibincangkan tadi anggaran masa untuk konkrit ini dialihkan dalam tempoh dua jam lagi,” katanya.

Tambahnya, beliau difahamkan kerja-kerja pembinaan bangunan ini dijalankan selama 24 jam sebelum ini.

”Kita mahu agensi dan jabatan yang terlibat mengambil tindakan tegas bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya