KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan RM9.65 bilion atau 16.8 peratus daripada peruntukan untuk Kementerian Kesihatan bagi menangani penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi. Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, anggaran itu berdasarkan perbelanjaan pada 2017 bagi merawat ketiga-tiga penyakit tidak berjangkit (NCD) itu. Katanya, ini berdasarkan laporan pada 2022 The Direct Health-Care Cost of Non Communicable Disease in Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan (KKM). Berdasarkan…










