Remaja 13 tahun cuba samun pemandu e-hailing dibebaskan

Remaja 13 tahun cuba samun pemandu e-hailing dibebaskan

SUSPEK (dua kanan) dibawa anggota polis untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes cubaan samun di Mahkamah Sungai Petani. -UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Remaja lelaki yang ditahan reman sehari untuk membantu siasatan dalam kes cubaan samun terhadap pemandu e-hailing dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pelajar berusia 13 tahun itu dibebaskan selepas tempoh tahanan remannya berakhir.

“Dia dibebaskan hari ini sementara menunggu keputusan lanjut daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya setelah kertas siasatan dilengkapkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan remaja lelaki terbabit turut mengacukan pisau ke bahagian dada pemandu e-hailing warga emas itu dalam kejadian di Taman Keladi, di sini.

Dia bertindak demikian kerana mendakwa pemandu e-hailing berusia 65 tahun itu memakinya dan cuba mendapatkan kembali wang tambang ketika menggunakan perkhidmatan itu pada pukul 6.20 petang, kelmarin.

Polis turut merampas sebilah pisau berhulu hitam sepanjang 25 sentimeter (cm) yang ditinggalkan suspek di dalam kenderaan mangsa ketika melarikan diri.

Remaja itu ditahan di rumahnya pada pukul 10 malam hari sama setelah pemandu e-hailing itu membuat laporan polis berkaitan kejadian berkenaan kira-kira dua jam sebelum itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN