Raja Muda Perlis berkenan ikuti lawatan khas ke Yunnan - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis berkenan ikuti lawatan khas ke Yunnan

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) berkenan menyerahkan Bantuan Ibnu Sabil berjumlah RM5,000 kepada Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming, China.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengikuti lawatan khas baginda selama tiga hari ke Yunnan, China.

Menerusi lawatan itu, baginda turut berkenan menyerahkan Bantuan Ibnu Sabil berjumlah RM5,000 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming.

Pemberian bantuan berkenaan diserahkan menerusi Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Muhamad Akmal Abdul Wahab bertujuan bagi membantu rakyat Malaysia yang berhadapan dengan situasi kecemasan, terputus bekalan sara diri, terkandas untuk kembali ke tempat asal atau meneruskan perjalanan.

Menerusi pertemuan sama, Muhamad Akmal turut menyembah maklum bahawa Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming sentiasa komited dalam memainkan peranan penting bagi meningkatkan hubungan dua hala khususnya menerusi bidang perdagangan, pelaburan, pelajaran, kebudayaan dan pelancongan.

Katanya, pejabat itu turut fokus dalam meningkatkan hubungan sesama rakyat di antara Malaysia dan China khususnya di Wilayah Yunnan.

“Pihak-pihak berkepentingan di Wilayah Yunnan sesungguhnya amat mengalu-alukan kerjasama baharu dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan dan pendidikan dengan pihak-pihak berkepentingan dari Malaysia,” katanya.

Tambahnya, tahun 2023 adalah merupakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China malah pada tahun hadapan, dua negara ini juga bakal menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.

“Negara China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan dua hala bernilai RM488 bilion atau USD110.6 bilion pada 2022.

“Ini didukung oleh peluang-peluang kerjasama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara termasuk di Wilayah Yunnan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya