PRK Jepak: 14 pusat mengundi ditutup 5.33 petang - Utusan Malaysia

PRK Jepak: 14 pusat mengundi ditutup 5.33 petang

PUSAT Penjumlahan Rasmi Undi PRK DUN Jepak di Dewan Suarah Bintulu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Setakat pukul 4.15 petang tadi, sebanyak 10,342 daripada 22,761 pengundi keluar mengundi bersamaan 45.44 peratus, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata.

“Proses pengundian setakat ini berjalan dengan lancar, keadaan ketenteraman awam dalam keadaan baik dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

“Diharap suasana seperti ini berterusan sehingga proses pengundian ini selesai dengan aman dan terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di Dewan Suarah Bintulu, di sini hari ini.

Pada pukul 5.33 petang tadi, sebanyak 14 pusat mengundi membabitkan 45 saluran yang dibuka pada 7.30 pagi dengan 11 daripadanya ditutup pada 5.30 petang manakala tiga lagi pada 4 petang.

Tempoh kempen PRK Jepak berlangsung selama dua minggu sejak 21 Oktober lepas.

PRK berkenaan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee; calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Chieng Lea Phing.

Kerusi DUN Jepak diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

Allahyarham merupakan penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak 2021, Talib mengekalkan kerusi Jepak dengan 6,277 undi, menewaskan Rabaah Tudin dari PSB (2,034 undi), Stevenson dari PBK (587 undi), dan calon Bebas, Tuah Kazan (141 undi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya