PPZ-MAIWP sasar kutipan RM10 juta bagi tahun 2024  

PPZ-MAIWP sasar kutipan RM10 juta bagi tahun 2024  

ABDUL Halim Amir Osman ketika menyampaikan ucapan di dalam Majlis Pelancaran Bayaran Zakat Melalui MyASNB yang berlangsung di Wisma PPZ, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur di sini hari ini.-UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Pusat Pungutan Zakat Majlis Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM 10 juta bagi tahun 2024 melalui aplikasi myASNB.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata,  para pendeposit ASNB boleh menunaikan pelbagai jenis zakat secara dalam talian melalui aplikasi myASNB.

“Melalui aplikasi , pendeposit ASNB boleh mengira zakat dan terus membuat bayaran tanpa menolak nilai pelaburan di dalam akaun.

“Tahun 2024, kami menyasarkan kutipan sebanyak RM10 juta melalui aplikasi tersebut. Setakat ini kutipan zakat melalui aplikasi myASNB telah mencapai RM50,000 yang bermula 18 November lepas” katanya. 

“Saya percaya dengan adanya cir-ciri Khas ini akan memudahkan pendeposit ASNB untuk menunaikan zakat mereka selari dengan moto kami di PPZ-MAIWP iaitu Memudahkan Anda Berzakat,” katanya hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan  majlis Pelancaran Aplikasi myASNB di Dewan Al-Qardawi, Tingkat 7, Wisma PPZ, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Muzzaffar Othman dan pegawai-pegawai yang terlibat. 

Abdul Hakim berkata, semoga platform mASNB ini mendapat tempat di hati para pendeposit ASNB untuk terus menunalkan zakat di PPZ-MAIWP di samping dapat membantu demi kelangsungan hidup para asnaf di Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, Muzzaffar Othman  berkata, melalui kemudahan perkhidmatan ini, pelabur ASNB boleh menunaikan zakat harta secara dalam talian dengan mudah dan pantas.

“Saya menyeru para pemegang unit untuk mengambil manfaat akan kemudahan ini selain memahami kepentingan membuat perancangan kewangan dengan lebih baik,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya