Polis tahan bapa pukul anak berusia lapan tahun

Polis tahan bapa pukul anak berusia lapan tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Polis menahan seorang bapa berusia berusia 28 tahun bagi membantu siasatan kes memukul dan mencederakan anak lelakinya berusia lapan tahun yang dipercayai berlaku di Lunas, di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Azizul Mohd. Khairi berkata, pihaknya menerima satu rakaman video yang tular menerusi aplikasi TikTok kira-kira pukul 10 pagi, semalam. 

“Video berdurasi 1 minit 25 saat itu memaparkan seorang lelaki sedang memukul seorang kanak-kanak. Kira-kira pukul 2 petang semalam, sepasukan polis berjaya menahan suspek di Padang Serai untuk membantu siasatan.

“Polis turut berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mohd. Azizul berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya