Polis siasat tuduhan terhadap Farhash Wafa

Polis siasat tuduhan terhadap Farhash Wafa

FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL MUBARAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu siasatan akan dijalankan polis berhubung tuduhan terhadap Bekas Pengerusi PKR Perak, Datuk Farhash Wafa Salvador didakwa menjadi dalang menarik Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang beralih arah menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dimulakan selepas pihaknya menerima satu laporan yang dibuat oleh Farhash.

“Kita (polis)  sudah menerima laporan dari Farhash dan kami sudah memulakan siasatan,” katanya di sini hari ini.

Selasa lalu, Farhash berkata, beliau akan membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kerana menuduh beliau terbabit merasuah dan mengancam Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong kerajaan.

Bagaimanapun, Farhash yang juga bekas pegawai Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan tuduhan Wan Fayhsal dan berkata, beliau tidak lagi terbabit dengan politik.

Wan Fayhsal berkata, beliau mengalu-alukan Farhash membuat laporan polis terhadapnya kerana beliau hanya mengulangi dakwaan dalam laporan polis yang dibuat Pemuda Bersatu sebelum ini.

Ahli Parlimen Machang itu sebelum ini mendakwa Farhash dan seorang lagi individu dikenali sebagai ‘Datuk Botak’ adalah individu dalam satu video yang tersebar di Facebook dan TikTok.

Ini susulan tindakan empat Ahli Parlimen Bersatu yang baru-baru ini menyatakan sokongan kepada kerajaan dengan alasan untuk mendapatkan peruntukan untuk kawasan masing-masing.

Empat Ahli Parlimen Bersatu itu adalah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya