Polis masih kenal pasti siapa ‘Mr. H’

Polis masih kenal pasti siapa ‘Mr. H’

agus
MOHAMAD Agus Yusoff dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani dalam sidang akhbar di Bangi baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti individu bergelar ‘Mr. H’ susulan isu rakaman video tular mengenai perbualan lucah yang dikaitkan dengan dua individu termasuk Datuk Dr. Muhammad Agus Yusoff.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah selesai merakam keterangan Muhammad Agus.

“Keterangan beliau (Muhammad Agus) telah diambil semalam selepas laporan polis dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

“Setakat ini masih satu laporan polis diterima mengenai kes terbabit,” katanya di sini.

Tambah Hussein, siasatan juga masih dijalankan untuk mengenal pasti individu dikenali ‘Mr. H’ seperti yang turut dikaitkan dalam kes terbabit.

“Perkara itu masih dalam siasatan dan polis akan memanggil semua yang terlibat dalam kes ini,” ujarnya.

Semalam, Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa dia diarahkan oleh seorang individu berjawatan tinggi dikenali ‘Mr. H’ untuk merakam satu klip video bagi memerangkap bekas Ketua Pengarah J-KOM itu. 

Abdul Wahab, 33, mendakwa ‘Mr. H’ pernah membuat beberapa pertemuan dengannya dan menawarkan jawatan lebih tinggi sebagai habuan.

Dalam pada itu, Muhammad Agus yang meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab dengan niat mahu menjatuhkan reputasinya.

Siasatan polis dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Satu rakaman video berdurasi 3.03 minit membabitkan kes berkenaan tular hingga menjadi topik hangat di media sosial. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN