PM lakukan lawatan sehari ke Thailand

PM lakukan lawatan sehari ke Thailand

ANWAR Ibrahim disambut Muhammad Sanusi Md Nor ketika Perdana Menteri hadir ke Kedah sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri diiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebaik sahaja tiba di Alor Setar untuk lawatan satu harinya ke sempadan Malaysia-Thailand.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau melakukan lawatan di Bukit Kayu Hitam dan Sadao sebelum bertemu rakan sejawatnya di Thailand.

“Saya dijadualkan akan ketemu Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin bagi mendepani beberapa isu mendesak yang menjadi kepentingan kepada kedua-dua negara tetangga dan sahabat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Pertemuan empat mata tersebut dan mesyuarat dua hala antara dua negara tersebut dilakukan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao.

Memetik laporan Kosmo!, Anwar dan Srettha kemudian dijadualkan melawat tapak titik pertemuan ke projek jajaran jalan baharu di CIQ Sadao yang mana ia merupakan sempadan jalan antara CIQ berkenaan dengan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya