HULU TERENGGANU: Banjir luar biasa sehingga dua kali melanda daerah ini pada tahun lalu menyebabkan projek Tanaman Padi Berkelompok Kampung Tok Lawit/ Paya Rapat di sini tidak dapat diusahakan sehingga kini. Ketua Unit Peladangnya, Johari Chik, 60, berkata, bencana yang berlaku pada Februari dan Disember itu meninggalkan kesan kepada 25 peserta projek yang mengusahakan sawah padi seluas 48 hektar itu. Katanya, ekoran kejadian banjir besar itu, mereka terpaksa menanggung kerugian…










