Persidangan Agung Gagasan Rakyat 13 November ini

Persidangan Agung Gagasan Rakyat 13 November ini

HAJIJI Noor (empat kiri) mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pindaan perlembagan parti antara usul yang akan dibentang dan dibahaskan pada Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada 13 November ini.

Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, banyak isu yang akan bahaskan pada persidangan pertama Gagasan Rakyat pada November ini termasuk ucapan dasar presiden dan pindaan Perlembagaan parti.

“Pembahas-pembahas pun kita telah pilih daripada zon-zon kerana kita ada 73 bahagian jadi, tidak mungkin semua bahagian dapat membahas.

“Kita telah pilih mereka yang berwibawa dan orang yang mempunyai pegalaman dalam setiap bahagian untuk membahas ucapan dasar Presiden dan usul pindaan Perlembagaan parti,” katanya semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat, hari ini.

Beliau, yang juga Ketua Menteri itu berkata, seramai lebih 2,000 ahli daripada 73 bahagian termasuk pemerhati bebas hadir pada persidangan kali ini.

Katanya, persidangan agung itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Menurut beliau, persiapan bagi persidangan itu berjalan lancar dan diharap perjalanan persidangan itu juga akan lancar.

Mengulas lanjut katanya, keahlian Gagasan Rakyat pada ketika ini sudah mencecah 236,000 orang dan dijangka menjelang Disember ini, Gagasan Rakyat akan menerima lebih 300,000 ahli.

Gagasan Rakyat dilancarkan secara rasmi pada 2 Mac lalu selepas Hajiji bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar parti pada 10 Disember 2022.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya