Perlu sumbangan RM200,000 bina kemudahan pusara

Perlu sumbangan RM200,000 bina kemudahan pusara

AHLI jawatankuasa Badan Khairat Kematian Masjid Tengku Mahkota Abdullah ketika penyelenggaraan kawasan tapak tanah perkuburan daerah di Padang Saujana, Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Pengurusan Badan Khairat Kematian, Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) memerlukan sumbangan sebanyak RM200,000 untuk menyiapkan kerja-kerja di tapak baharu Pusara Lestari Daerah di Padang Saujana di sini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Imam Satu MTMAJ, Mohd Fikri Hamzah berkata, sumbangan itu sangat diperlukan bagi pembinaan pagar, jalan ke tanah perkuburan dan dalam kawasan pusara, beberapa buah wakaf, stor peralatan, pejabat pengurusan serta landskap.

“Badan Khairat MTMAJ memperoleh kelulusan seluas dua hektar tapak (tanah) pusara milik Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) tahun ini memandangkan kawasan perkuburan di tempat lain pinggir bandar ini hampir padat dan tidak ada ruang persemadian dalam masa terdekat.

“Pusara Lestari ini adalah tanah perkuburan baharu untuk ahli khariah MTMAJ dan perumahan berdekatan antara projek keagamaan dan kebajikan di bawah selenggaraan badan khairat masjid daerah,” katanya ketika melawat tapak perkuburan di Kampung Padang Saujana di sini, semalam.

Menurut Mohd Fikri, sehingga ini pusara itu belum dibuka untuk persemadian jenazah kerana belum diratakan serta dibersihkan untuk kerja awal pembinaan kemudahan di situ.

“Pengurusan badan khairat ini masih membuat pelan pembinaan kemudahan di sini serta perancangan tertentu serta amat memerlukan sumbangan dermawan dan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk menyempurnakan tapak pusara ini,” katanya.

Beliau yang juga penasihat Badan Khairat MTMAJ berkata, buat peringkat awal sumbangan diperlukan sebanyak RM200,000 bagi tujuan pembinaan kemudahan di situ dan kemungkinan meningkat sekiranya belum sempurna serta tambahan tertentu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya